Kini Kembali  

2009 Ogos 7
Assalamualaikum..

Dah sebulan Wanie tak sempat update blog kesayangan ni. Wanie sibuk sangat sejak kebelakangan ni. Banyak sangat task Wanie kena siapkan. Debat, pidato, kerja tutorial, kerje Math, buat ulangkaji bio, chem dengan pengajian am. So, memang tak sempat la nak update blog ni. 2 hari bulan yang lepas, Wanie pergi Dewan Alumni untuk majlis kahwin jiran Wanie. Wanie dah tak dapat gula-gula macam dulu. Wanie dapat 1 kotak yang comel je. Nak tengok tak? Cuba teka isinya.



Comel kan? Haha. Dalam kotak tu ada kacang saja. Erm. Wanie tak tau la nak cerita pasal apa lagi. Tinggalkanla komen kalau nak taw lebih lanjut ya. Kat bawah ni gambar terbaru Wanie. Haha. Dah tak ada kerja nak amik gambar sendiri. Hehe.



Jumpa lagi ya. Salam sayang, Wanie.
Seterusnya...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Tag Dari Afnan  

2009 Jun 25
Assalamualaikum. Wa. Penatnya minggu ni. Banyak sangat kerja. Adeyh. Macam tak ada masa saja nak layan blog sekarang ni. Tapi nak buat macam mana kan, blog nie kan first wife Wanie. Haha. Minggu ni memang minggu yang bagi Wanie tekanan. Arghh. Macam - macam hal la minggu ni. Tiba - tiba boleh dapat pula tag dari Afnan. Haha. Lagipun, Wanie tak ada idea nak tulis apa kat blog ni. Nasib la ada tag. Boleh la Wanie layan. Tag ni pasal relationship la lebih kurang. Baca la ya! Terima kasih.


1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Give him a kick! Then only i will forgive him and let him go. Haha.

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Heaven!

3. Whose butt would you like to kick?
Nobody.

4. What would you do with a billion dollars?
Perform Hajj with my family, further my study, buy a mini cooper, new laptop and arghhh.. too many things i wanna do..

5. Will you fall in love with your best friend?
If and only if my best friend is a guy. Not gay!

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Both of them!

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
As long as I'm not someone's wife. Huhu

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Just let it be. I dun wanna waste my time and I'm not that desperate to have him ok.

9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?
Act? I won't do it!

10. What takes you down the fastest?
When somebody cheat on me! Hate it!

11. How would you see yourself in ten years time?
A doctor and someone's wife?

12. What’s your fear?
Allah S.W.T

13.What kind of person do you think the person who tagged you is?
Afnan - a weird boy.

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married but poor. But I prefer married + rich. Huhu

15. What’s the first thing you do when you wake up
Recite doa.

16. Would you give all in a relationship?
No!

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Pick the the person i love the most!

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Forgive? Yes! Forget? Not that easy!

19.Do you prefer being single or having a relationship?
Both! Single is simple. Relationship? Just if my partner is my husband. Haha.

20.List 5 people to tag
My Follower! (read it 5 times). Haha.

Seterusnya...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Award Dari Paatz  

2009 Jun 14
Olla..

follower

Huhu. Dengan muka tak malu, Wanie pon ambil award nie. Haha. Thanx Paatz. Paatz ni rakan blogger Wanie yang baru. Huhu.

Kalau Wanie ada masa nanti, Wanie nak cipta award untuk semua kawan - kawan blogger Wanie. Doa2kan la Wanie ada banyak masa terluang untuk reka award yang menarik ok!
Sampai sini saja dulu entri kali ini ya. Wanie nak jalan - jalan kat blog kawan - kawan yang lain. Take care semua. Papai~
Seterusnya...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Bercuti Di Melaka  

2009 Jun 11
Olla..
Wa..
Berhabuk sudah blog ni. Bukan Wanie tak nak update blog tapi beberapa hari ni ada masalah sikit dengan internet connection kat tempat Wanie. Lagipun, hari Khamis yang lepas, Mak Ngah minta tolong Wanie dengan family sekali, tolong masak untuk kenduri arwah pakcik, nenek dan datuk Wanie. Diam tak diam, dah 6 tahun arwah nenek pergi. Rindu sangat. 5 Jun 2003 memang tarikh yang memberi banyak makna pada Wanie. Tak sangka nenek pergi awal, belum sempat nenek tengok Wanie dewasa dan mendirikan rumah tangga. Memang tu impian nenek tapi Allah lebih sayangkan dia. Dalam ramai-ramai cucu arwah nenek dan datuk, Wanie la yang paling rapat dengan mereka sebab cuma Wanie saja cucu yang nenek bela dari kecil. Semoga nenek bahagia di alam sana. Al-Fatihah.

Lepas kenduri pula, Wanie kena Asma. Memang dah lama Wanie tak kene sakit ni. Ingatkan dah baik. Rupa-rupanya kene lagi. Tak pasal-pasal kena telan pil. Wanie tak suka telan pil walaupun cita-cita Wanie nak jadi doktor, ubatkan orang sakit. Huhu. Oklah, kita cerita balik pasal tajuk post Wanie kali ni ya.

Sekarang kan musim cuti sekolah, dah jadi adat family Wanie mesti pergi bercuti setiap kali musim cuti sekolah tiba. Cuma kali ni memang tak dirancang. Semuanya last minute sebab adik Wanie ada kelas tambahan memandangkan peperiksaan UPSR tak lama saja lagi. Aiseh, bila kol hotel semua full. Yela. Mesti ramai orang yang dah booking awal-awal kan? Nak pergi mana pun tak taw lagi. Last-last ayah Wanie kata kita pergi dekat-dekat sajalah. Lagipun dah lama juga tak ke Melaka semenjak Wanie tinggal kat Kuantan dulu.

Pagi Ahad tu Wanie drive ke Taman Pelangi, ayah Wanie masih lagi cuba kol hotel yang sesuai rate dan kekosongannya. Hotel Grand Continental, Melaka. Itu pun satu saja bilik yang kosong. Tengahari tu, kiteorang semua pack barang. Memang kelam kabut juga la.Haha. Sampai sana dalam pukul 5 lebih, bertolak pukul 3 lebih.

Wa. Tak sangka sampai jugak kat Melaka ni. Wanie kat Melaka selama 3 hari 2 malam saja. Banyak perubahan kat Melaka ni. Masa sekolah rendah dulu, rajin juga la Wanie ke Melaka. Kat sana, Wanie pergi ke Dataran Pahlawan, Melaka Megamall. Makan malam kat Umbai. Wanie sempat juga melawat Eye On Malaysia. Kebetulan pula, masa Wanie ke sana, ada Pesta Sungai Melaka. Haha. Seronok taw. Banyak lagi yang masih dalam pembikinan. Tapi Wanie tak dapat la nak naik Menara Taming Sari. Wa. Sadis betul la.
Malam tu Wanie tengok ada orang naik bot kat sungai tu. Ala. Cantik taw bila dah dihias. Wanie tak cakap pasal bot taw. Wanie cakap pasal lighting tuh semua la. Haha.

Wanie pergi juga shopping kat Mahkota Parade. Hehe. Aiseh. Boleh jumpa x-schoolmate pula. Tapi tak tegur pun. Lagipun kawan lelaki. Haha.

9 Jun. Check out dari hotel dan balik ke JB. Yeah! JB! I'm home. Haha. Banyak juga gambar yang Wanie ambil semasa disana. Nanti Wanie post la ya. Gambar2 tuh adik Wanie yang simpan. Hehe.

Ok la semua. Take care. Assalamualaikum.

Seterusnya...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Laksa Johor [Edisi Orang Johor]  

2009 Jun 3
Assalamualaikum, entri kali ini, Wanie nak cerita tentang resepi nak buat Laksa Johor. Resepi ni Wanie dapat dari mama Wanie. Wanie kan orang Johor, tak sah la kalau tak reti masak laksa kan? Arwah nenek Wanie yang ajar resepi ni pada mama Wanie. Wanie dah try buat masa Hari Raya AidilFitri yang lepas. Cuba la. Sedap taw!

Bahan - bahan

2 bungkus spageti
2 peket rempah laksa [lebih sedap kalau beli rempah yang cedok sendiri macam dekat Giant]
4 batang serai - dititik
Sepeket rempah kari ikan Babas

Bahan A [dikisar]

7 biji bawang merah kecil – dikupas dan potong dadu
3 biji bawang putih – dikupas dan potong dadu
1 ½ inci halia
½ inci lengkuas
½ inci kunyit

Bahan B [dikisar]

Udang kering – direndam sehingga lembut
Ikan bilis – disiang dan dibasuh
*campurkan udang kering dan ikan bilis dengan air untuk dikisar

Bahan C [dikisar]

Udang basah – segenggam [kulit, ekor dan kepala dibuang dan diasingkan]
*kisar kulit, ekor dan kepala udang dengan air. Ambil airnya sahaja.
*udang yang sudah disiang di rebus terlebih dahulu sebelum dikisar.

Bahan D [dikisar]

8 ekor ikan kisi/kembong/tenggiri (campur pun boleh)
*ikan direbus dan ditoskan setelah empuk.
*asingkan isi ikan dengan tulang ikan dan kisar isi ikan dengan air.

Bahan E

Bunga kantan (ambil bunga sahaja)
Beberapa asam keping
Santan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Kerisik Zaimin*
*kerisik boleh dibuat sendiri menggunakan kelapa parut. Kelapa parut digoreng tanpa minyak diatas kuali sehingga berwarna coklat kemudian dikisar kering.

Cara - cara

1) Panaskan periuk dan letakkan sedikit minyak.
2) Setelah minyak panas, tumiskan bahan A sehingga kering dan naik bau.
3) Masukkan 4 batang serai dan gaul dengan bahan yang ditumis tadi.
4) Masukkan 2 paket rempah laksa dan sepekat rempah kari. (jika nak pedas, campurkan dengan 2 sudu serbuk cili )
5) Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan bahan B.
6) Kemudian masukkan bahan C dan D. Kacau perlahan-lahan.
7) Kemudian masukkan bahan E. Garam dimasukkan sedikit demi sedikit agar tidak masin.
8) Sebelum memasukkan kerisik, pastikan kerisik itu tidak tengik.
9) Jika kuah itu cair, tambahkan kerisik.
10) Biarkn ia masak untuk beberapa ketika dan padamkan api.
11) Untuk spageti, rebuskan 2 bungkus spageti dan toskan spageti setelah empuk.

Ulam - ulam

Timun - dipotong dengan kreatif
Daun selasih - dihiris
Daun kesum - dihiris
Taugeh
Cepor

Nota kaki:- Nak buat laksa Johor ni memang agak susah sebab memerlukan banyak bahan dan kesabaran tapi berbaloi kan kalau menjadi? Gud Luck! Gambar akan diletakkan kemudian.

Seterusnya...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Hak Cipta Terpelihara © 2009 - Sesuai dipaparkan menggunakan semua jenis laman internet dan semua jenis platform. Penafian - Wanie tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini.